VAKSIN HAJI DAN UMRAH
Vaksin Haji dan Umrah
Haji dan Umrah adalah peluang yang datang hanya sekali seumur hidup bagi kebanyakan umat Islam termasuk keluarga anda. Sekiranya ada ahli keluarga anda yang berpeluang menunaikan haji atau umrah tidak lama lagi, anda boleh menolong mereka untuk tetap sihat sepanjang haji dengan memastikan mereka telah menerima vaksin terhadap penyakit Meningokokus, penyakit Pneumokokus dan selesema (Influenza).